Ahli PP IPGM

Monday, June 4, 2012

RASIONAL PENUBUHAN


(i)       Tujuan penubuhan PPIPG adalah untuk menjadi suara rasmi pensyarah IPG dan sebagai badan penghubung di antara IPGK dan IPGM atau IPGK dan KPM. Penubuhan PPIPGM sama sekali TIDAK bertujuan untuk menjadi kumpulan pendesak tetapi sebaliknya untuk PPIPGM ingin menjadi badan profesional yang dapat member maklum balas / input positif yang profesional terhadap pelaksanaan polisi KPM/IPGM, penstrukturan, isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan demi kebaikan bersama.

(ii)           PPIPGM juga ingin berperanan sebagai badan pemikir yang mampu menyumbang tenaga dan fikiran dalam membantu Kementerian Pelajaran khususnya pihak IPGM dalam isu-isu semasa pendidikan demi untuk memartabatkan profesion keguruan.

(iii)      PPIPGM juga ingin membantu pihak IPGM untuk menganjur dan  mengendalikan aktiviti-aktiviti akademik seperti seminar penyelidikan, kolokium, wacana intelektual, menjalankan kajian berimpak tinggi yang boleh manfaatkan bukan sahaja pensyarah tetapi juga dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah khususnya sekolah rendah.

(iv)         PPIPG juga berhasrat untuk menerbitkan wakalah pendidikan berinformasi seperti bulletin PPIPGM, jurnal, buku-buku akademik, agar dapat member peluang kepada pensyarah dan guru untuk menyumbangkan idea demi kebaikan bersama.

(v)               Memandangkan pensyarah adalah pelaksana dasar IPGM dalam menyediakan guru sekolah rendah yang merupakan hampir 70% daripada jumlah guru di Malaysia (~400,000 orang), maka adalah wajar PPIPG boleh juga berperanan untuk memberikan pandangan dan syor tentang keberkesanan, kecekapan atau pun kesesuaian sesuatu tindakan IPGK agar dapat memberi manfaat kepada pembangunan IPGK dan IPGM.

(vi)       PPIPG juga ingin merancang dan memikirkan strategi yang berkesan agar dapat melaksanakan aktiviti pengantarabangsaan IPG agar dapat merealisasikan hasrat melahirkan guru bertaraf dunia.

(vii)   PPIPG juga berhasrat menjalankan penyelidikan berimpak tinggi yang dapat mempengaruhi sistem pendidikan Negara.

No comments:

Post a Comment

PENGUNJUNG SELURUH DUNIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...