Ahli PP IPGM

Monday, June 4, 2012

KRONOLOGI PENUBUHAN PERSATUAN PENSYARAH PENDIDIKAN GURU (PPIPGM)


Persatuan Pensyarah IPG 1 Malaysia (PPIPGM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mac 2010 setelah mendapat restu daripada Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili Dolhan, Rektor IPG KPM. Tujuan persatuan ini ditubuhkan ialah untuk menjaga kebajikan kepada semua pensyarah yang bertugas di IPG di Malaysia. Persatuan telah diluluskan oleh ROS pada 9 Mac 2011 dengan nombor pendaftaran 0571-11-KEL.Penubuhan persatuan ini juga memenuhi tuntutan MQA agar setiap pensyarah menyertai sekurang-kurangnya SATU persatuan ikhtisas. Penubuhan persatuan ini juga adalah atas sokongan dan saranan daripada  Timbalan Menteri Pelajaran semasa pertemuan kami dengan beliau. Adalah diharapkan dengan adanya persatuan pensyarah ini, suara pensyarah akan dapat didengar dalam mesyuarat/perjumpaan di peringkat tertinggi pentadbiran pendidikan Malaysia khususnya dalam Majlis Pemuafakatan Kesatuan & Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Walaupun pada dasarnya persatuan ini di daftarkan di Kelantan oleh beberapa pensyarah di IPGK Kota Bharu, namun persatuan ini tidak dapat digerakkan kerana kurang mendapat sambutan daripada pensyarah. Oleh itu, pada tahun 2011, Dr. Kamarudin Abu Hassan (IPG Perempuan Melayu Melaka) dan Dr. Zailah Zainudin (IPGK Raja Melewar) telah bersetuju agar persatuan yang lesu ini dihidupkan semula dan terus memohon daripada pihak daripada IPGK Kota Bharu agar menyerahkan pengurusan persatuan kepada kami, dan kami bertekad agar  IPGK Perempuan Melayu, Melaka menjadi secretariat persatuan. Usaha kami juga telah mendapat restu daripada Pengarah IPGK PMM dan pengarah IPK KB.

Sejurus mendapat restu, beberapa siri perjumpaan telah diadakan khususnya dalam kalangan pensyarah PhD bagi menghidupkan kembali persatuan yang lesu bagi tujuan menjaga hal kebajikan dan khususnya memperjuangkan pensyarah, terutamanya isu kenaikan gred bagi pensyarah PhD seperti yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Akhirnya Pada 19 Disember 2011, Persatuan Pensyarah IPG 1 Malaysia, telah menerima jemputan daripada Pengerusi Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB),  Tuan Haji Mohd. Sabri B Mohd Arshad untuk mengadakan pertemuan dengan YB Dr. Puad Zarkashi pada 20 hb.Disember 2001. Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 5, Parcel E, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perjumpaan ini telah memberi peluang kepada persatuan untuk  mengemukakan 12 resolusi seperti yang disertakan.

Pada 14 Januari kami telah menerima undangan daripada Majlis Pemuafakatan Kesatuan & Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia)untuk mendengar taklimat daripada Presiden Cuepacs  tentang isu penangguhan SBPA bertempat di Jabatan Pelajaran Selangor. Pada sesi perbengkelan, Pengerusi, Majlis Pemuafakatan Kesatuan & Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia), Tuan Haji Jemale B Paiman telah menjemput wakil persatuan untuk mengemukan tambahan resolusi bagi mewakili warga pensyarah untuk dibentangkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Bersama ini disertakan resolusi (i) kepada Timbalan Menteri Pelajaran (melalui KGMMB) dan (ii) kepada Perdana Menteri Malaysia (melalui Majlis Pemuafakatan Kesatuan & Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia)

InsyaAllah, kami akan mengadakan Mesyuarat Agung PPIPGM yang pertama di IPGK PM pada 3-4 Feb 2012 dan akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Rektor IPG.

DISEDIAKAN OLEH
Dr. Zailah Zainudin
S/U Kehormat PPIPGM

No comments:

Post a Comment

PENGUNJUNG SELURUH DUNIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...