Pada 28 Jun 2012, Dr Zailah Zainuddin selaku Setiausaha PPIPGM telah membentangkan kertas kerja pemansuhan masa bekerja dalam mesyuarat senate di Hotel Vistana. Terima kasih dan tahniah kami ucapkan atas usaha murni ini (kemaslahatan umat) dan memperjuangkan hak-hak pensyarah IPGM. Kita berharap dan berdoa semoga usaha ini berjaya diterima dengan baik.
Ahli PP IPGM
Friday, June 29, 2012
Tuesday, June 12, 2012
Saturday, June 9, 2012
KAGUM 2012
Pada 09-15 Jun 2012, KAGUM peringkat Kebangsaan akan diadakan di IPG Kampus Perlis, selamat berjuang kepada seluruh atlit sukan dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi dan dapat mengeratkan silaturrahim antara IPG seluruh Malaysia...
Friday, June 8, 2012
PERMOHONAN ONLINE HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) TAHUN 2013
Permohonan boleh disemak melalui link http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm, selamat mecuba...
Selamat Berjuang
Selamat berjuang kepada wakil-wakil KAGUM seluruh IPG Malaysia, berjuanglah dengan semangat sukan yang tinggi demi membawa nama baik IPG masing-masing.
Tuesday, June 5, 2012
Kejayaan Anak Malaysia di US
Pihak AJK PPIPGM mengucapkan Tahniah dan syabas kepada pensyarah IPGKKB Dr Mohd Rozi Ismail
atas kejayaan beliau menamatkan PhD di Colorado State University US
serta mengharumkan nama negara di sana, semoga dengan kajayaan beliau
dapat menjadi motivasi serta perangsang kpd kita semua yg sedang
menyambung pelajaran.. Begitu juga pensyarah-pensyarah dari IPG yg lain, yg sedang menyambung pengajian dan telah tamat pengajian sama ada master @ PhD.. Tahniah diucapkan kepada semua...
Monday, June 4, 2012
RASIONAL PENUBUHAN
(i) Tujuan
penubuhan PPIPG adalah untuk menjadi suara rasmi pensyarah IPG dan sebagai badan
penghubung di antara IPGK dan IPGM atau IPGK dan KPM. Penubuhan PPIPGM sama
sekali TIDAK bertujuan untuk menjadi
kumpulan pendesak tetapi sebaliknya untuk PPIPGM ingin menjadi badan profesional
yang dapat member maklum balas / input positif yang profesional terhadap
pelaksanaan polisi KPM/IPGM, penstrukturan, isu-isu semasa berkaitan dengan
pendidikan demi kebaikan bersama.
(ii)
PPIPGM
juga ingin berperanan sebagai badan pemikir yang mampu menyumbang tenaga dan
fikiran dalam membantu Kementerian Pelajaran khususnya pihak IPGM dalam isu-isu
semasa pendidikan demi untuk memartabatkan profesion keguruan.
(iii) PPIPGM
juga ingin membantu pihak IPGM untuk menganjur dan mengendalikan aktiviti-aktiviti akademik
seperti seminar penyelidikan, kolokium, wacana intelektual, menjalankan kajian
berimpak tinggi yang boleh manfaatkan bukan sahaja pensyarah tetapi juga dalam
pelaksanaan kurikulum di sekolah khususnya sekolah rendah.
(iv)
PPIPG
juga berhasrat untuk menerbitkan wakalah pendidikan berinformasi seperti
bulletin PPIPGM, jurnal, buku-buku akademik, agar dapat member peluang kepada
pensyarah dan guru untuk menyumbangkan idea demi kebaikan bersama.
(v) Memandangkan
pensyarah adalah pelaksana dasar IPGM dalam menyediakan guru sekolah rendah
yang merupakan hampir 70% daripada jumlah guru di Malaysia (~400,000 orang),
maka adalah wajar PPIPG boleh juga berperanan untuk memberikan pandangan dan
syor tentang keberkesanan, kecekapan atau pun kesesuaian sesuatu tindakan IPGK
agar dapat memberi manfaat kepada pembangunan IPGK dan IPGM.
(vi) PPIPG
juga ingin merancang dan memikirkan strategi yang berkesan agar dapat
melaksanakan aktiviti pengantarabangsaan IPG agar dapat merealisasikan hasrat
melahirkan guru bertaraf dunia.
(vii) PPIPG
juga berhasrat menjalankan penyelidikan berimpak tinggi yang dapat mempengaruhi
sistem pendidikan Negara.
KRONOLOGI PENUBUHAN PERSATUAN PENSYARAH PENDIDIKAN GURU (PPIPGM)
Persatuan
Pensyarah IPG 1 Malaysia (PPIPGM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mac
2010 setelah mendapat restu daripada Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili Dolhan,
Rektor IPG KPM. Tujuan persatuan ini ditubuhkan ialah untuk menjaga kebajikan
kepada semua pensyarah yang bertugas di IPG di Malaysia. Persatuan telah
diluluskan oleh ROS pada 9 Mac 2011 dengan nombor pendaftaran
0571-11-KEL.Penubuhan persatuan ini juga memenuhi tuntutan MQA agar setiap
pensyarah menyertai sekurang-kurangnya SATU persatuan ikhtisas. Penubuhan
persatuan ini juga adalah atas sokongan dan saranan daripada Timbalan Menteri Pelajaran semasa pertemuan
kami dengan beliau. Adalah diharapkan dengan adanya persatuan pensyarah ini,
suara pensyarah akan dapat didengar dalam mesyuarat/perjumpaan di peringkat
tertinggi pentadbiran pendidikan Malaysia khususnya dalam Majlis Pemuafakatan
Kesatuan & Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.
Walaupun
pada dasarnya persatuan ini di daftarkan di Kelantan oleh beberapa pensyarah di
IPGK Kota Bharu, namun persatuan ini tidak dapat digerakkan kerana kurang
mendapat sambutan daripada pensyarah. Oleh itu, pada tahun 2011, Dr. Kamarudin
Abu Hassan (IPG Perempuan Melayu Melaka) dan Dr. Zailah Zainudin (IPGK Raja
Melewar) telah bersetuju agar persatuan yang lesu ini dihidupkan semula dan
terus memohon daripada pihak daripada IPGK Kota Bharu agar menyerahkan pengurusan
persatuan kepada kami, dan kami bertekad agar
IPGK Perempuan Melayu, Melaka menjadi secretariat persatuan. Usaha kami
juga telah mendapat restu daripada Pengarah IPGK PMM dan pengarah IPK KB.
Sejurus
mendapat restu, beberapa siri perjumpaan telah diadakan khususnya dalam
kalangan pensyarah PhD bagi menghidupkan kembali persatuan yang lesu bagi
tujuan menjaga hal kebajikan dan khususnya memperjuangkan pensyarah,
terutamanya isu kenaikan gred bagi pensyarah PhD seperti yang diumumkan oleh
YAB Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Akhirnya
Pada 19 Disember 2011, Persatuan Pensyarah IPG 1 Malaysia, telah menerima
jemputan daripada Pengerusi Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Tuan Haji Mohd. Sabri B Mohd Arshad untuk
mengadakan pertemuan dengan YB Dr. Puad Zarkashi pada 20 hb.Disember 2001.
Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 5, Parcel E, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Perjumpaan ini telah memberi peluang kepada persatuan untuk
mengemukakan 12 resolusi seperti yang
disertakan.
Pada 14 Januari kami telah
menerima undangan daripada Majlis Pemuafakatan Kesatuan & Persatuan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia)untuk mendengar taklimat daripada Presiden
Cuepacs tentang isu penangguhan SBPA bertempat
di Jabatan Pelajaran Selangor. Pada sesi perbengkelan, Pengerusi, Majlis
Pemuafakatan Kesatuan & Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia),
Tuan Haji Jemale B Paiman telah menjemput wakil persatuan untuk mengemukan tambahan
resolusi bagi mewakili warga pensyarah untuk dibentangkan kepada YAB Perdana
Menteri Malaysia.
Bersama ini disertakan resolusi
(i) kepada Timbalan Menteri Pelajaran (melalui KGMMB) dan (ii) kepada Perdana
Menteri Malaysia (melalui Majlis Pemuafakatan Kesatuan & Persatuan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia)
InsyaAllah, kami akan
mengadakan Mesyuarat Agung PPIPGM yang pertama di IPGK PM pada 3-4 Feb 2012 dan
akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Rektor IPG.
DISEDIAKAN OLEH
Dr. Zailah Zainudin
S/U Kehormat PPIPGM
BULETIN-PPIPG-FEB-2012
http://www.youblisher.com/p/270868-BULETIN-PPIPG-FEB-2012/http://www.youblisher.com/p/270868-BULETIN-PPIPG-FEB-2012/
Institut Pendidikan Guru tambah pengambilan kepada 4,000 Julai ini
30 April 2012
BESUT - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menambah pengambilan
pelatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia sekali ganda kepada 4,000 orang
pada sesi Julai ini, berbanding 2,379 pada tahun lalu.
Rektor IPGM Datuk Dr Haili Dolhan berkata mereka yang layak akan menerima surat tawaran pada Jun ini untuk mendaftar di 26 buah IPGM di seluruh negara.
Pertambahan calon bagi mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan itu dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan guru dalam tempoh dua tahun dari sekarang, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Buat masa ini, terdapat 53,000 pelatih guru yang mengikuti pengajian dalam dan luar kampus sama ada di peringkat diploma mahupun kursus semasa cuti yang dijangka dapat memenuhi keperluan dalam negara," katanya.
Mengulas lanjut, Haili berkata setakat ini masalah kekurangan guru dihadapi khususnya di Sabah dan Sarawak.
Mengulas isu berbeza, Haili berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai pembabitan pelatih guru dari IPGM dalam perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di ibu kota pada Sabtu lepas.
Rektor IPGM Datuk Dr Haili Dolhan berkata mereka yang layak akan menerima surat tawaran pada Jun ini untuk mendaftar di 26 buah IPGM di seluruh negara.
Pertambahan calon bagi mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan itu dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan guru dalam tempoh dua tahun dari sekarang, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Buat masa ini, terdapat 53,000 pelatih guru yang mengikuti pengajian dalam dan luar kampus sama ada di peringkat diploma mahupun kursus semasa cuti yang dijangka dapat memenuhi keperluan dalam negara," katanya.
Mengulas lanjut, Haili berkata setakat ini masalah kekurangan guru dihadapi khususnya di Sabah dan Sarawak.
Mengulas isu berbeza, Haili berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai pembabitan pelatih guru dari IPGM dalam perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di ibu kota pada Sabtu lepas.
Jika ada, pelatih berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk
dibuang daripada institusi selaras dengan peruntukan undang-undang,
katanya. - Bernama
Sunday, June 3, 2012
Selamat Datang
Persatuan ini ditubuhkan hasil mesyuarat
AJK Protem pada 18 Mac 2010 sempena lawatan dan perjumpaan bersama
Rektor IPG. Persatuan ini ditubuhkan bagi mewakili semua pensyarah IPG
untuk menjaga kebajikan semua pensyarah. Ia juga akan menjadi suara
rasmi pensyarah IPG dalam memperjuangkan hak-hak serta kepentingan
pensyarah demi memartabatkan profesyen pensyarah IPG.
Subscribe to:
Posts (Atom)